INFAQ PEMBANGUNAN MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH JASIN MELAKA
Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}
Berita gembira bagi mereka yang mencari jalan untuk menginfakkan hartanya, Madrasah Tahfiz AlQuran Darul Falah membuka PELUANG untuk tuan/puan MENGINFAKKAN SEBAHAGIAN HARTA DI JALAN ALLAH .
Sumbangan diperlukan untuk membina bangunan pengajian, bilik kuliah serta menaiktaraf bangunan di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah Kg. Baru Rim Jasin Melaka
Latar Belakang Madrasah
Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Falah Kampung Rim Jasin Melaka adalah pusat pengajian tahfiz al Quran yang telah beroperasi sejak tahun 1996. Bermula dengan 10 orang pelajar sehingga kini meningkat kepada 150 orang pelajar lelaki dan perempuan telah menghafal al-Quran di berbagai peringkat pencapaian.
Pada tahun 2010, madrasah ini telah memulakan kelas Pengajian Alimah. Terkini oleh kerana bilangan pelajar sudah meningkat, maka ruangan asrama telah menjadi sempit dan tidak dapat menempatkan katil-katil, almari serta alat mengajar.
Pihak madrasah bercadang untuk membina sembilan buah bilik kuliah, dewan pengajian al-Quran, perpustakaan, ruang ampaian asrama, bilik guru dan ruang mesyuarat.
Di samping itu, bangunan sedia ada juga perlu dibaik pulih dan dinaik taraf untuk dijadikan ruang surau, bilik rehat, dewan serbaguna dan bilik kuliah untuk kemudahan pelajar dan juga keluarga serta orang ramai jika sesuatu majlis/program dijalankan oleh pihak madrasah.
Berhubung dengan perkara di atas, dianggarkan kos perbelanjaan untuk tujuan pembangunan, membaik pulih dan menaik taraf segala kemudahan madrasah seperti pendawaian, adalah RM1,132,750.00 dan dijangka siap dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada dana sumbangan orang ramai.
Sijil Pendaftaran Maahad Tahfiz Darul Falah
Kedudukan madrasah berhampiran Bandar Jasin. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan menziarahi madrasah kami
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati p utuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah , atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya ." Hadis riwayat Imam Muslim
PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN 28 APRIL 2021
Dinding Tingkat Bawah Sudah Dipasang
28 OGOS 2021
16 OKTOBER 2021
PEMASANGAN SLAP TINGKAT 3
PERKEMBANGAN 5 JUN 2022
Proses pemasangan atap
Kami dalam perancangan menyiapkan tingkat bawah terlebih dahulu kerana keperluan semasa terlalu mendesak. Pelajar yang ramai tidak dapat ditampung oleh bangunan sedia ada.
PERKEMBANGAN TERKINI 23 APRIL 2024
TINGKAT SATU TELAH DIGUNAKAN.
80% TELAH DISIAPKAN..ALHAMDULILLAH
CARA PEMBAYARAN UNTUK MEMBUAT SUMBANGAN
1.Pilih
Jumlah Sumbangan
2.Isi Maklumat Peribadi anda dengan lengkap.
3. Klik Pembayaran FPX TOYYIBPAY sekiranya anda ingin membuat sumbangan secara online
ATAU pilih Perbankan internet sekiranya melalui mesin deposit tunai atau transfer online
4.Klik AKUAN dan Klik TERUSKAN KE PEMBAYARAN
5.Pilih
ONLINE BANKING
6. Pilih BANK yang anda pakai atau guna online
7.Kemudian klik dibawah butang PAY FPX
8.Login bank dan buat payment
9
.Caj RM1
akan dikenakan oleh pengendali payment gateway
10.Lepas dah buat payment berjaya , klik CONTINUE WITH TRANSACTION
Akaun CIMB untuk pembangunan
Akaun Maybank untuk keperluan asas makanan, dan utiliti